Saturday, July 5, 2014

KATA NOKTAH



Jika aku menjerit sekuat hati mustahil kau dengar
Jika aku suluh seterang mentari belum pasti kau dapat lihat
Kau tuli, buta dan hilang deria
Semakin aku tujuk hati ini semakin jauh kau lari 
Semakin aku pendam perasaan ini semakin kau dekat
Bukan ku pinta angan yang tidak tercapai
Hanya ku ingin kau tahu apa yang aku rasa dan harap kau merasaknnya sama
Tapi kau semakin menjauh dan aku lelah utuk mengejar kau lagi
Biarlah perasaan ini hanyut ditenggelam ombak rindu yang melanda 
Biarkan ia karam lebih dalam dari rasa yang terbuku ini
Biarlah hanya aku yang tahu apa yang aku rasa 
Kerana hakikatnya kita takkan bersama 

No comments:

Post a Comment